10:05 0

Shasha Dedah Perangai Jijik Pelawak Popular Yang Terlampau


Shasha Dedah Perangai Jijik Pelawak Popular Yang Terlampau


Seorang gadis bernama Shasha mendedahkan perangai buruk dan jijik seorang pelawak popular yang amat melampau.

Pelawak ini dikatakan sudah memperdaya ramai gadis-gadis di luar sana apatah lagi dengan dirinya bergelar selebriti popular.

Ini pendedahan Shasha yang akui mempunyai bukti yang kukuh:

"Bukan saya seorang saja yang diperdaya serta ditipu oleh lelaki itu. Ketika melepak bersama kawan-kawan, saya terkejut kerana pelawak itu juga cuba untuk mengurat mereka.

"Ini bukannya tuduhan melulu kerana saya berani tampil membuat pengakuan berdasarkan bukti yang ada pada saya. Helah yang digunakan sama saja iaitu dengan meminta gambar bogel serta mahu berborak secara 'video call'.

"Beliau pandai berdrama membuat muka sedih meminta simpati dengan pelbagai kenyataan yang dibuat olehnya. Namun saya percaya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,"

"Bukan setiap wanita murah dan termakan janji manis dengan begitu mudah. Saya harap dia segera berhenti membuat kerja bodoh sebelum jatuh kerana perangai buruknya sendiri.

"Tiada pihak yang ingin menjatuhkan diri beliau namun tindak tanduknya yang tidak bertamadun itu yang membuatkan popularitinya merudum.

"Saya tahu beliau pasti akan memutar belit cerita selepas mengetahui kenyataan yang dibuat oleh saya ini. Namun saya bukan bercakap kosong tetapi ada bukti yang saya simpan dan jika perlu saya akan tunjuk semuanya,"

Nama pelawak terbabit masih dirahsiakan buat masa ini.

sumber: Bharian


0 comments:

Post a Comment