16:54 0

Zamani Ada Masalah Kewangan Dan Perlu Rm 50,000 Untuk Pembedahan

Zamani Ada Masalah Kewangan Dan Perlu Rm 50,000 Untuk Pembedahan


Zamani Slam kini sedang cuba merubah dirinya, juga sedang mendapatkan rawatan dari masalah ketagihannya.

Namun pelbagai dugaan yang muncul dalam dirinya. Iyalah itu lah merupakan dugaan untuk berubaha agaknya.

Zamani kini mengalami masalah kewangan dan ketika itu juga dia perlukan wang sebanyak RM50,000 untuk membiayai pembedahan akibat masalah tulang belakang yang dialaminya sejak 3 tahun kebelakangan ini.

Zulfazil Ibrahim (abang Zamani) berkata adiknya itu terlibat dengan masalah kewangan kerana dia tidak mempunyai akaun bank peribadi yang menyimpan wang hasil titik peluhnya dalam kerjaya nyanyian.

Dakwaannya wang hasil pencarian Zamani disimpan oleh pihak yang menguruskan kerjaya seni Zamani sebelum ini.

Zulfazil memberitahu sakit tulang belakang Zamani adalah kerana penyanyi itu aktif bersukan sebelum ini dan bukan kerana gejala dadah. (kosmo)


0 comments:

Post a Comment