09:30 0

Dato Boy Iman Dedah Perkara Sebenar "Kisah Isteri Dan Effa Maembong"

Dato Boy Iman Dedah Cerita Kisah Isteri Dan Effa Maembong


Boy Iman kini sedang dikaitkan dengan kakak Emma Maembong setelah beberapa keping gambar dimuatnaik oleh Boy Iman dan juga Effa Maembong.

Sehingga ada fitnah mengatakan Boy Iman bercerai kerana dia curang tetapi sebaliknya di dan isteri ingin bercerai kerana masalah kewangan.

Namun proses penceraian dilihat tergendala apabila Boy Iman dan Kumala (isteri) tidak membuat permohonan pada 2 April 2015 dan akan berbuat demikian Isnin depan.

Akhirnya Boy Iman membuka cerita tentang hubungan isteri dan juga Effa Maembong.

Jom baca kisah Boy Iman ini  yang diceritakan kepada mStar.

Kisah Isterinya, Kumala

"Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik.

"Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya.

"Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini,"

"Isteri meminta saya mempercepatkan proses perceraian kami tetapi saya tidak mahu menceraikannya di luar mahkamah dan mahu mengikut saluran betul,"

Mengenali Effa Maembong

"Sebenarnya saya sudah lama mengenali Effa tetapi kembali bertemu ketika menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong akhir tahun lalu.

Kami kembali rapat sejak tiga bulan lalu selepas saya meminta nombor telefonnya daripada adiknya, Emma Maembong.

"Buat masa ini saya selesa berkawan rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Effa seorang yang baik dan memahami saya dan sentiasa berada di sisi saya ketika berada dalam kesusahan,"

~13 Tahun Ke Atas: (KLIK SINI)


0 comments:

Post a Comment