17:38 0

Siti Nordiana Tolak Lamaran Seorang Ustaz

Siti Nordiana Tolak Lamaran Seorang Ustaz


Penyanyi yang juga finalis Gegar Vaganza musim kedua Siti Nordiana atau singkatannya Nana telah mengulas khabar angin dirisik oleh seorang ustaz.

Jelas Nana, dia ada terdengar daripada kawan-kawan ada ustaz mahu melamarnya.

Ini komennya:

“Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang,”

“Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun.

“Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun,”

Menerusi program Gegar Vaganza musim kedua yang bakal melabuhkan tirai pada 13 Disember ini, Nana membuktikan dia bukanlah ‘penyanyi kampung’ seperti yang dilabel beberapa pihak.

Siti Nordiana kini merupakan peserta kegemaran para penonton dan telah 3 kali muncul sebagai peserta terbaik sepanjang program Gegar Vaganza ini.

0 comments:

Post a Comment