Searching...
22:06 0

Akhirnya Punca Sebenar Fara Fauzana Berhenti Didedahkan

Akhirnya Punca Sebenar Fara Fauzana Berhenti Didedahkan


Fara Fauzana akhirnya berhenti menjadi penyampai radio Hot FM bulan ini. Setelah hampir 10 tahun bekerja sebagai deejay radio akhirnya Fafau mengambil keputusan untuk berhenti.

Ramai juga tertanya-tanya mengapa dia berhenti? Nak pindah radio lain ke? atau dah nak kahwin.

Ini jawapan selebriti berumur 36 tahun ini:

PUNCA BERHENTI

“Selama 10 tahun saya mula-mula bersama keluarga HotFM banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat melalui kerjaya sebagai penyampai radio. Saya berhenti bukannya hendak berpindah ke stesen radio lain tetapi memberi ruang pada diri saya untuk mendekatkan diri pada Allah,”

“Contohnya kalau saya nak ke usrah kadang-kadang tak dapat nak hadir sebab dijalankan pada waktu pagi ketika saya bertugas. Selain itu, masa untuk saya memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan juga terhad. Bila sudah berhenti inilah masanya untuk saya memenuhi tuntutan tersebut,”

GOSIP NAK KAHWIN PILOT

“Berita tersebut adalah tidak benar, segala gosip saya berkaitan juruterbang dari Johor itu adalah khabar angin semata-mata. Perancangan untuk saya berhenti telah lama dilakukan sejak 2015 lagi dan ia tiada kaitan dengan gosip tersebut,”

"Pada usia mencecah 36 tahun ini juga, saya berasakan sudah tiba masanya untuk memberikan tumpuan kepada hal peribadi, termasuk memikirkan soal ibu bapa dan rumah tangga,"

0 comments:

Post a Comment