Searching...
20:50 0

Ini Keputusan Mahkamah: Benjy Sekali Lagi Terlepas Tuduhan Miliki Dadah

Benjy Sekali Lagi Terlepas Tuduhan Miliki Dadah


Hari ini, Mahkamah Majistret Muar telah memberi keputusan kes pelakon Benjy yang ditahan kerana memiliki dadah pada tahun lepas.

Pihak mahkamah telah memutuskan aktor Benjy bebas dan dilepaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis metaphitemine seberat 1.3 gram pada Mac tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Benjy bersama rakannya didakwa memiliki dadah selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar di sini pada 27 Mac lalu.

Benjy dilihat tersenyum lega selepas mendengar keputusan tersebut. Benjy diwakili oleh seorang peguam bela.

Bagaimanapun, rakannya, Raja Shariff diperintah membela diri pada 3 Mei dan 5 Mei depan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin.

0 comments:

Post a Comment