Searching...
13:10 0

Bisnes Awie Tak Elok - Bekas Abang Ipar

Bisnes Awie Tak Elok - Bekas Abang Ipar


Bekas abang ipar Awie membuat kenyataan di Mahkamah Tinggi Syariah mengatakan bahawa penyanyi itu mempunyai bisnes yang tidak elok.

Awie sememangnya ada mengusahakan perniagaan kelab malam di Ipoh, Perak.

Menurut Othman Misbun, dia pernah pergi ke kelab malam tersebut yang dinamakan Malai Rock Station Bistro itu kira-kira 4 tahun lalu.

Ini komennya:

“Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali, sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut”

“Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram di sisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya,” 

Kenyataan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris berhubung kes hadanah (penjagaan anak) kekal di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment