13:17 0

Che Ta Suka Saya Pakai Baju Ketat-Ketat Nampak Bentuk Badan - Zain

Che Ta Suka Saya Pakai Baju Ketat-Ketat Nampak Bentuk Badan - Zain


Pelakon Zain Saidin kini tampil dengan koleksi pakaian hari rayanya yang diberi nama Ketak by ZainSaidin.

Menurut Zain, rekaan koleksinya itu berbeza dengan pakaian raya untuk lelaki yang sedia ada di pasaran kerana jenis kain pakaiannya yang stretchable dan lebih sesuai untuk lelaki yang berbadan sasa.

Malah Che Ta sendiri suka Zain berpakaian ketat dan fit, ikut dengan bentuk badan.

Ini komennya:

"Che Ta, dia suka saya pakai baju yang betul-betul muat badan dan fit. Jadi saya keluarkan koleksi pakaian raya yang mana rekaan baju melayu betul-betul mengikut saiz badan. Pendek kata, baju koleksi saya ini lebih sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai badan yang 'sado'.

"Tapi bagi mereka yang badan tak beraa sado dan suka pakai, boleh ambil saiz yang lebih besar sikit. Saya buat baju ni untuk saya pakai tapi kalau ada yang nak beli, saya jual,"

Sumber: MalaysianDigest

0 comments:

Post a Comment