11:07 0

Awal Ashaari Bagi Amaran.. Kalau Tak Jalan, Bawa Ke Mahkamah!



Pengacara dan pelakon Awal Ashaari membuiat kenyataan tentang sikap seseorang yang dikatakan melarikan wang miliknya.

Suami kepada Scha Al Yahya ini memberitahu dia masih boleh bersabar dengan sikap seorang pengurus artis terkenal yang melarikan wang miliknya bagi sebuah projek sekitar dua tahun lalu.

Kata pengacara ini, dia masih ingin memberi peluang kepada individu itu melunaskan hutang tersebut secara baik.

Walaubagaimanapun, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu itu masih berdegil.

"Pada ketika ini tahap kesabaran saya masih ada kerana memikirkan dia adalah kawan dan pengurus kepada pasangan selebriti terkenal, jadi saya tidak mahu menutup periuk nasinya dengan mendedahkan namanya.

"Tengok dulu dia nak bayar ke tak... saya masih berinya peluang tetapi kalau dengan menggunakan peguam pun tak jalan juga saya tiada pilihan selain membawanya ke mahkamah.

"Dia pun saya tengok bukanlah susah orangnya, kehidupannya mengalahkan selebriti jadi rasanya tiada masalah untuk bayar wang saya," 

Awal yang merupakan bekas pengacara Melodi, pernah mendedahkan perkara berkenaan di Instagram miliknya tentang seorang individu yang enggan membayar wangnya dan meminta individu itu tidak melarikan diri.

Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Awal berkata, selepas projek tersebut selesai dia meminta individu tersebut menyimpan terlebih dahulu wang bayarannya kerana mempercayainya selain mempunyai kontrak perjanjian.

Bagaimanapun kata Awal, individu itu mula memberikan pelbagai alasan apabila dia meminta wang miliknya sehingga dia terpaksa mendedahkan isu itu di Instagram.

"Memang kadang-kadang saya biarkan dahulu bayaran yang sepatutnya diterima kerana berpegang kepada kontrak dan atas dasar percaya kepada individu tersebut.

"Tetapi apabila kita baik dengan orang, mereka pijak pula kepala kita dan jujurnya saya memang tak sangka perkara ini terjadi. Ia kali pertama buat saya!

"Ini saya sampai terpaksa guna Instagram minta duit saya. Saya pula macam peminta sedekah!" 

Awal Ashaari juga memberitahu, sejak dia membuat pendedahan itu ramai dalam kalangan orang industri hiburan dan selebriti menghantar mesej kepadanya memberitahu pernah menjadi mangsa individu tersebut.


loading...

0 comments:

Post a Comment