22:46 0

KRONOLOGI PENUH: Kes Culik Bayi Perempuan, Warga Nepal Ditahan


Hari ini Malaysia dikejutkan dengan berita yang amat menakutkan buat ibu bapa apabila anak kecil diculik.

Kisah berlaku di Muar Johor yang mana rumah satu keluaga dipecah masuk dan seorang bayi perempuan bernama Nur Aisyah Hazmizan, 17 bulan telah dilarikan oleh seseorang.

Mari kita baca kisah penuh yang berlaku


KISAH PENCULIKAN

Kejadian berlaku ketika ahli keluarga ingin bersahur dan mendapati bayi kecil bernama Nur Aisyah Hazmizan itu tiada di katil.

Ini kenyataan dari ibu bayi berkenaan:

"Saya pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi. Lepas sampai rumah, mak terus tidur manakala saya menonton televisyen di bilik tidur sama. Entah kenapa, saya mengantuk malam tadi dan saya menutup televisyen di kira-kira jam 3 pagi dengan anak bongsu tidur bersebelahan di sisi saya.

"Saya hanya menyedari kehilangan anak bongsu saya pada jam 5 pagi. Pada mulanya saya tak perasan ketiadaan anak bongsu saya itu kerana sekadar bangun selepas mak memberitahu pintu belakang rumah terbuka dan juga untuk menyiapkan makanan bijirin untuk anak sulung saya bersahur.

"Selepas itulah saya masuk bilik dan mendapati Nur Aisyah tiada di atas katil. Saya cuba mencarinya di serta tempat di dalam rumah termasuk di bawah katil tetapi tiada. Keadaan dalam rumah pun tidak berselerak seperti dipecah masuk kecuali dua telefon bimbit saya dan anak hilang.

"Bagaimanapun, beg tangan saya yang mengandungi dompet saya dan mak pula tidak diambil pula,"

Ibu berkenaan ditemui di rumahnya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di Muar, hari ini.

Siti Noorfadilah berkata, beliau tidak tahu apa motif individu terbabit yang membawa pergi anak bongsunya itu kerana beliau tidak pernah bergaduh, bermusuh atau berlaku perkara yang tidak baik dengan lain dan sehingga kini pun beliau tidak tahu untuk mengesyaki sesiapa kerana tidak mempunyai musuh.


AKHIRNYA DISELAMATKAN, DAH JUMPA

Setelah hampir 15 jam dilarikan oleh individu tidak dikenali, akhirnya bayi perempuan Nur Aisyah Hazmizan berjaya diselamatkan oleh pasukan polis.

Perkara itu disahkan oleh wakil keluarga ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar yang turut dihadiri oleh saudara mara dan kenalan keluarga mangsa.

Keluarga berkenaan tempil mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang turut sama mendoakan keselamatan bayi berusia 17 bulan itu dari awal hingga dia diselamatkan.

Pihak keluarga juga mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berusaha keras dan bertungkus lumus mengesan kedudukan serta menyelamatkan Nur Aisyah.

Sementara itu, suasana di Unit Kecemasan HPSF bertukar menjadi tenang apabila sanak saudara dan kenalan keluarga mangsa menarik nafas lega serta bersyukur dengan berita positif terbabit.

Keadaan Nur Aisyah dilaporkan stabil tetapi memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor berikutan terdapat kesan gigitan serangga.

Nur Aisyah dipercayai ditemui oleh sepasukan anggota polis di kawasan semak berhampiran pencawang elektrik, tidak jauh dari rumah keluarga mangsa.

Ketika ditemui, bayi ini digigit oleh semut atau kerengga.

Ibu mangsa, Siti Noorfadilah Yusofe, 30, kini bersama Nur Aisyah di dalam wad di HPSF untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Manakala bapa bayi itu Hazmizan Othman, 35, berada di balai polis bagi menyelesaikan beberapa urusan berkaitan.

Difahamkan, pihak polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes terbabit dan akan memberikan kenyataan dalam tempoh terdekat.


LELAKI NEPAL DITAHAN

Susulan kes ini, Polis telah menahan seorang lelaki warga Nepal berusia 25 tahun bagi membantu siasatan.

Lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, hasil penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan.

"Hasil daripada soal siasat yang kita lakukan akhirnya membawa kepada penemuan mangsa iaitu bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.

"Mangsa yang dalam keadaan bersendirian kemudiannya diselamatkan oleh pihak polis dan kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)"

Beliau berkata, pihak polis juga masih melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.

Ini gambar kejadian:







loading...

0 comments:

Post a Comment