Showing posts with label tasya shila. Show all posts
Showing posts with label tasya shila. Show all posts
13:17 0

Tasya Shila akan terus ke kelab malam - Menurut kenyataanya sendiri.



Menurut satu kenyataan dari Tasya shila sendiri kepada wartawan dia akan tetap ke kelab malam. Hmmm macam mana tu?? wajar ke kita sebagai seorang muslim membuat kenyataan seperti itu? Untuk Tasya Shila lebih baik pergi belajar ilu agama ke kan lebih bagus. Ini tidak, membuat kenytaan seperti tu plak. Ingat lagi masa Tasya Shila di pangil ke Wanita Hari Ini pasal isu kelab malam ni. Tasya cakap as long as mama/ parents dia tau pasal ni dia xkisah pasal org lain nak bercakap buruk tentangya tapi errrk... ada ke patut mak ayah tak marah anaknya pergi kelab malam? kan itu tempat maksiat..  Ok jom kita baca apa kata Tasya Shila pasal  kontrovesi dia ni.
Kata Tasha Shilla:-
Saya ke sana bersebab dan bukan selalu ke sana. Saya ke sana untuk meraikan hari lahir saya atau kawan-kawan. Meskipun pelbagai cerita buruk dijaja berikutan kunjungan saya ke sana namun semua itu, tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi. Saya tidak akan menilai seseorang itu jahat sekiranya mereka pergi ke kelab malam.
Memanglah kalau pergi ke kelab malam tak akan automatik orang itu jahat. Namun orang kata, tak perlulah nak beritahu semua orang tentang aktiviti anda yang tak berapa molek di mata masyarakat. Cukuplah beritahu saya sudah insaf dan akan cuba memperbaiki diri. Tak perlu rasanya nak tambah part “tidak akan membuatkan saya mengambil keputusan untuk tidak ke sana lagi”.

11:23 0

OhBulan laporkan Tasha bergembira dengan VIP, siap ada arak?

Bukan Tasha la; no no no no, xnk jadi mcm Fasha :p

Petikan dari OHBULAN
Bukan hendak memfitnah, menurut sumber yang sangat-sangat OHBULAN! percayai, Tasha dilihat berpacaran bersama seorang VIP di sebuah restoran di Pavilion pada malam Khamis lepas. Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Ratshi, Tasha kelihatan sangat mesra bersama lelaki yang berstatus VIP tersebut dan di meja mereka turut kelihatan air minuman keras.


sumber = ohbulan 
23:10 0

Tasya kecewa tuduhan menari liar di rootz

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam."Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu