Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts
Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts
Ustaz Azhar Idrus bukan ahli PAS
KUALA TERENGGANU – “Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.
“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.
Lebih mengejutkan, Azhar kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”
“Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” tegasnya.
Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan ‘Cuit-cuit Sikek’ Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.
Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.
Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.
Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada mana-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.
“Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah,” katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.
Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.
“Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang,” katanya. – SINAR HARIAN
Zizan Raja Lawak tolak rm 18k kerana Ustaz Azhar Idrus
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.
Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.
Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.
Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.
Dipetik dari status founder wootmedia.my

Gempar! perempuan memperlekehkan Ustaz Azhar Idrus.
Seorang perempuan memperlekehkan kata-kata yang di sampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam isu bonceng motosikal. Admin rasa perempuan ni perlu belajar paham bahasa melayu lah.. sedap-sedap dia cakap ustaz macam tu..Bawak-bawak mengucap ye wahai perempuan itu...
Sumber gambar : Blog Aku stress gila.
Subscribe to:
Posts (Atom)