20:06 1

Artis Korea Bunuh Diri Sebab Diperkosa & Dipaksa Jadi Pelacur




Korea Selatan - Artis Korea ini, Jang Ja Yeon bunuh diri pada 7 Mach 2009 lalu di usianya 26 tahun.Rata-rata percaya dia membunuh diri kerana kecewa menjadi korban seksaan seksual dan dipaksa melakukan hubungan seksual melayani 30 orang, mulai dari karyawan hingga wartawan sebanyak lebih dari 100 kali, demikian seperti diberitahu dari All kpop.

Perkara ini dirungkap dari surat hasil tulisan tangan Jang Ja Yeon sendiri yang ditujukan pada sahabat-sahabat terdekatnya. Surat tersebut berisi keluh kesah dan kesedihannya menghadapi dilema ini, di satu sudut ingin terkenal dan mencapai cita-cita sebagai artis, namun disudut lain mengalami penderaan seksual.

Jang Ja Yeon bunuh diri di rumahnya di kawasan Kyungkido, namun kerana tidak menemui cukup bukti pada ketika itu, kes ini dianggap sebagai kes bunuh diri biasa, tetapi setelah surat-surat Jang Ja Yeon dikumpulkan dari  sahabatnya, perlahan-lahan mulalah terungkap perkara sebenar dan diharap kes ini dapat menemui titik terang dan petunjuk dalang sebenar punca kes bunuh diri ini.

Isi surat tersebut yang diberi judul ‘Snow’ menceritakan kisah bagaimana para selebriti dipaksa terlibat dalam sebuah industri hiburan yang buruk dan pemaksaan melakukan hubungan seksual dari bos production housenya untuk melayani keperluan seks bos ini.

Pihak berwajib yang menyiasat kes ini menemui daftar nama yang berada di sekitar 230 surat Ja Yeon yang ditujukan kepada temannya. Mereka berpendapat bahawa surat tersebut benar merupakan tulisan tangan dari Jang Ja Yeon sendiri.

Sebenarnya , wakil house production, Kim (41), dan managernya, Yoo (31) telah terbukti terlibat pada kes yang menyebabkan Jang Ja Yeon bunuh diri dan mereka (Kim dan Yoo) telah mendapat hukuman percubaan selama 2 tahun penjara dan 160 jam khidmat masyarakat.

1 comments:

  1. Kejam lah dorg ni! Hukuman tak setimpal langsung, ish! geram ...

    ReplyDelete