21:40 0

Dato' Eizlan Yusuf berharap tidak pertikai gelaran Dato' (DIMP) miliknya

SHAH ALAM: Pelakon Datuk Eizlan Yusof meminta orang ramai tidak mempersoalkan gelaran Dato' yang diterimanya kerana ia adalah sesuatu yang istimewa kurniaan pihak Istana Pahang.

Eizlan, 41, atau nama sebenarnya Idris Md Yusof berkata, individu yang mempertikaikan kurniaan tersebut seolah-olah tidak mempercayai kredibiliti dan kemuliaan istana yang harus dihormati.

"Saya tidak faham kenapa ada pihak yang ingin mempertikaikan kurniaan tersebut? Ia diberi oleh istana dan bukan saya yang minta. Ia juga seolah-olah menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh pihak istana.

"Sudah lebih 18 tahun saya berada dalam industri ini, saya tidak mudah untuk tunduk dengan tohmahan orang terhadap saya," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis sidang media filem Pak Pung, di sini, Khamis.

Eizlan diminta mengulas mengenai cakap-cakap segelintir pihak yang mempertikaikan sumbangannya dalam bidang seni sehingga melayakkan dia untuk dikurniakan gelaran Dato'.

Pada 22 Disember lalu, Eizlan dan beberapa artis lain antaranya Dato' AC Mizal dan Dato' Fazley Yaakob dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke-81.

sumber= Mstar

0 comments:

Post a Comment