12:45 0

Almy Nadia Terkena ‘Air Kencing Pontianak’?

PETALING JAYA – Pelakon Almy Nadia mendakwa dirinya terkena ‘air kencing pontianak’ sewaktu menjalani penggambaran drama Cinta Buat Emelda baru-baru ini.
Almy berkata, kejadian itu berlaku selepas dia melakonkan babak dikafankan dan sejurus selepas itu, dia terus mencuci solekan di wajahnya.
Akibat dari kejadian itu, wajahnya terus berubah menjadi bengkak-bengkak dan menggerutu dengan teruk.
“Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.
“Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena ‘air kencing puntianak’. Mungkin ada benda yang saya tersilap kot ketika melakonkan babak tersebut,” kata Almy dalam laporan mStar Online.
Namun, ustazah yang merawat Almy meminta pelakon itu berfikiran positif dan menganggap mungkin ‘sakit’ yang ditimpa itu berpunca dari kain kafan yang digunakan untuk babak dalam drama itu kotor dan mempunyai hama.
Bagaimanapun, kejadian yang pelik berlaku lagi selepas seminggu wajahnya kembali pulih di mana Almy ditimpa nasib malang apabila kakinya membengkak sewaktu menjalani penggambaran drama yang sama pada minggu lepas.
“Saya tak tahulah, lepas satu, satu kejadian yang menimpa diri. Tetapi selepas mendapat rawatan di klinik, doktor berkata yang saya terlalu banyak bekerja dan terlalu lama berdiri dengan kasut tinggi. Alhamdulillah, sekarang ini saya rasa sihat sedikit. Nasib baiklah pihak kru produksi memahami dengan situasi saya yang macam-macam ini,” kata Almy.
Pun begitu, Almy bersyukur kerana dirinya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus yang pernah di alami tiga tahun lepas dan berharap masalah itu tidak akan berulang lagi.

0 comments:

Post a Comment