KUALA LUMPUR, 21FEBRUARI2012: Demi mengikut adat tradisi Melayu, pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari ini, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU telah berpantang untuk tidak berjumpa sejak lebih kurang dua minggu yang lalu.
Meskipun terpaksa menanggung rindu, Lisa Surihani berkata dia kini semakin tenang dan dapat membiasakan diri sebelum menjelang hari bahagianya yang akan tiba tinggal lebih kurang dua hari sahaja lagi.
"Sebenarnya saya suka ikut adat tradisi seperti ini, asalkan ianya tidak melanggar suruhan agama. Ibu saya menggalakan agar saya dan Yusry untuk berpantang supaya tidak berjumpa jika tiada sebab penting."Jadi kami pun hanya mengikutnya saja. Memandangkan perkara itu baik untuk kami juga. Jadi sejak 10 Februari lalu kami sudah tidak lagi berjumpa atau keluar berdua.
"Cuma, Yusry agak kekok dan susah juga untuk menyesuaikan diri dengan adat ini.
"Namun lama kelamaman, dia kini semakin faham dan sudah boleh menyesuaikan diri," katanya ketika dihubungi oleh portal murai.com.my.
Dijadualkan bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar pada 23 Februari ini, Yusry dan Lisa Surihani bagaimanapun memilih untuk disatukan selepas Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya.
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya, Lisa Surihani berkata tiada apa yang boleh diungkapkan dengan perasaannya kini selain bersyukur kehadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Yusry.
"Biasanya orang akan cakap pasal debaran saya menjelang hari menjadi seorang isteri, namun terus-terang perasaan berdebar itu belum dapat saya rasakan lagi.
"Sebaliknya, saya rasa berysukur kerana tidak lama lagi Tuhan akan satukan saya dengan lelaki yang saya sayangi iaitu Yusry.
"Malah bagai dirancang, perkenalan kami telah bawa kami ke gerbang perkahwinan," luahnya lagi.
Bertemakan majlis serba putih dan ringkas, bakal mempelai bakal mengenakan busana dari rekaan butik Cosry.
Selepas diijabkabulkan, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.
0 comments:
Post a Comment