WASHINGTON – Pelbagai spekulasi muncul berkaitan penyebab kematian Whitney Houston Sabtu lalu. Sumber TMZ menyebut Whitney berkemungkinan mati akibat tenggelam ketika berendam dalam tab mandi.
Tapi, mengapa Whitney boleh sampai tenggelam dalam tab mandi? Jawapan sementara adalah xanax.
Seperti diselidik TMZ, Whitney kemungkinan meminum xanax sebelum dirinya berendam dalam tab mandi berkenaan. Ubat yang cepat diserap sistem pencernaan itu sangat berkesan untuk mengatasi rasa gelisah.
”Ahli keluarga Whitney mengatakan kepada kami bahawa Whitney mempunyai resepi yang biasa digunakan untuk mengatasi kegelisahan dan kemurungan,” tulis TMZ.
Selain dijangka minum xanax, Whitney malam sebelumnya juga meminum minuman beralkohol dalam sebuah pesta.
Kombinasi xanax dan alkohol ini boleh menimbul ‘kesan tenang’ yang berlebihan. Inilah yang dijangka membuat Whitney terlelap dan akhirnya lemas dalam tab mandi.
Jasad Whitney sudah diangkat keluar dari tab mandi ketika pegawai perubatan tiba.
Meskipun demikian, penyebab kematian Whitney belum dapat dipastikan apakah kerana tenggelam, over dos atau sebab lain. Polis mendapati pelbagai macam ubat di biliknya tetapi mereka tidak menjumpai dadah.
0 comments:
Post a Comment