14:32 0

Perunding perkahwinan Black Mentor nafi songlap duit

Umum mengetahuiBlack Mentor telah menyerahkan tanggungjawab menguruskan perkahwinannya kepada perunding perkahwinan pada April lalu dan menyerahkan wang pendahuluan sebagai bayaran deposit lokasi bagi persiapan majlis perkahwinan di Zebra Square Kuala Lumpur, urusan katering dan keperluan lain.

Bagaimanapun, ketelusan perunding perkahwinan terbabit mula dipersoalkan penyanyi lagu Aku Rindu Sayang Kamu itu selepas semua urusan perkahwinan yang dirancang masih belum selesai meskipun sudah tiga bulan diberi tempoh.

Ekoran itu, Black Mentor mula meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada pihak media dan mendakwa perunding perkahwinan yang dikenali sebagai Puan WP telah melesapkan wang miliknya berjumlah RM30,000.

Tidak percaya bulat-bulat dengan dakwaan Black itu, wartawan Utusan

 bertekad untuk bersemuka sendiri dengan Puan WP dan meminta penjelasan berhubung isu tersebut. Berikut ialah penjelasan panjang lebar Puan WP yang nyata terkilan dengan Black kerana memecatnya tanpa usul periksa.

"Saya terkilan apabila Black membuat kenyataan bahawa saya telah melesapkan wang yang telah diserahkan atas urusan perkahwinannya sebelum ini. Dakwaan itu sama sekali tidak berasas."

"Ini bukan kali pertama kami menguruskan perkahwinan membabitkan selebriti. Dasar bisnes kami memang telus dan secara profesional."

"Sebenarnya bukan dia yang teraniaya dalam hal ini. Tapi pihak saya. Banyak projek lain yang saya dapat terpaksa ditolak sebab nak fokus majlis perkahwinan dia."

"Tapi soalnya di sini macam mana urusan perkahwinannya nak berjalan lancar kalau bayaran tak cantik? Jadi jangan salahkan saya sebaliknya selidiki punca permasalahan betul-betul."

"Tak timbul soal saya masih berhutang dengan Black. RM15,000 untuk lokasi, katering (RM7,000), RM3,000 (kos hotel sewaktu percubaan solekan, gaji, pra perkahwinan) dan bakinya RM5,000 adalah bayaran perkhidmatan saya."

"Dan perlu diingat bahawa siapa yang memecat siapa dalam konteks ini."




0 comments:

Post a Comment