08:52 0

Zarina Anjoulie seorang janda?

Sebut saja nama pelakon penuh kontroversi tak lain dan tak bukan Zarina Anjoulie Lavocah yang pernah popular menerusi drama anak pontianak. Kini desas desus gosip terbarunya ialah Zarina dikatakan pernah bergelar seorang isteri.

Menerusi ruangan Bi Pop dalam Utusan Malaysia , Kak Pora mendakwa bahawa pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki tua sebelum ini. 

Perkahwinan tersebut sayangnya tidak dapat bertahan lama. Menariknya, perkahwinan tersebut berlangsung ketika Zarina sudah bergelar artis dan sedang hangat dilanda kontroversi.

Gosip yang sangat hangat dan panas, diharap ada pihak dari Zarina sendiri tampil memberikan komen dan kenyataan yang sebenar tentang perkara ini. Sama-sama kita tunggu jawapan dari mulut Zarina sendiri.



0 comments:

Post a Comment