12:38 1

7 Gambar Perkahwinan Penyanyi A Rahman Hassan Dan Pelakon Fadhilah Mansor


7 Gambar Perkahwinan A Rahman Hassan Dan Fadhilah Mansor


Jutaan tahniah, dengan sekali lafaz, penyanyi popular, Datuk A Rahman Hassan 67 tahun kini sah bergelar suami kepada pelakon, Fadhilah Mansor 54 tahun.

Majlis pernikahan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra. Pasangan pengantin mengenakan pakaian sedondon berwarna krim telah dinikahkan oleh imam Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur, Ustaz Azizi Abdul Hamid Al-Hafiz.

Fadhilah Mansor berwalikan abangnya Jamaluddin Mansor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang.

Datuk A Rahman Hassan turut berharap perkahwinan itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan Fadhilah.

Ini komen A Rahman Hassan: (mStar)

"Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat," 

Fadhilah Mansor seorang pelakon yang popular sebagai watak ibu di dalam drama dan filem. Dia merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London.

A Rahman Hassan merupakan penyanyi dan ahli Orkes Nirwana bersama bekas isteri Azizah. Datuk A Rahman Hassan pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.









1 comments:

  1. selamat pengangtin baru.. semoga kekal akhir hayat insyallah amin

    ReplyDelete