10:47 0

Gambar Dan Mesej Whatsapp Terakhir Pasangan Suami Isteri Sebelum Hanyut


Gambar Dan Mesej Whatsapp Terakhir Pasangan Suami Isteri Sebelum Hanyut


Di Kemaman sepasang suami isteri telah hanyut setelah bot penyelamat yang mereka naiki terbalik dan karam.

Kejadian berlaku kira-kira 1.20 petang di mana mangsa seorang guru Nur Hayati Sulong dan suaminya, Suhaimi Awang hanyut dan hilang setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik akibat arus deras di Kampung Geliga Che Akob.

Keluarga mangsa Wan Zahari Wan Abu Bakar, 51, berkata kira-kira 1.05 tengah hari, Suhaimi mengirimkan pesanan tersebut berserta gambar mereka suami isteri menerusi aplikasi Whatsapp.

Ini gambar dan pesanan terakhir Suhaimi kepada keluarga melalui Whatsapp:

"Alhamdulillah kami selamat menaiki bot,"



Waris dan keluarga berasa lega kerana mangsa sebelum itu terpaksa meredah banjir pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan anak-anaknya.

Namun tidak sampai sejam, keluarga terkejut selepas dimaklumkan bot yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik dan mereka hilang dibawa arus dan sehingga kini mereka gagal dikesan

Suhaimi, isteri bersama keluarganya sudah dua hari berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geliga namun meredah banjir pulang ke rumah untuk mengambil barang.

Yahaya Hanafi iaitu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba berkata operasi mencari pasangan berkenaan diteruskan meliputi jarak pencarian sejauh lima kilometer sepanjang muara sungai Kuala Kemaman.

Ini kata Yahaya Hanafi:

"Operasi pencarian ini akan terus diperluas dan dipertingkatkan dan jika  keadaan air tidak begitu deras, kita akan arahkan anggota penyelam melakukan operasi selaman di kawasan sekitar," 

Sumber:  awani


0 comments:

Post a Comment