KONTROVERSI: Aliff Aziz Mengamuk, Bergaduh Di Hotel Ketika AIM2014
Penyanyi kontroversi dari Singapura Aliff Aziz terlibat dalam isu baru apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel di Kuala Lumpur sehingga pihak polis terpaksa meleraikan pergaduhan.
Aliff Aziz mendakwa semasa kejadian pergaduhan tersebut dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk dan lemah semangat.
Kejadian berlaku di hotel tempat penginapannya sempena AIM 2014 baru-baru ini.
Ini cerita Aliff Aziz (mStar)
"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.
"Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,”
Dalam cerita satu sumber, ketika itu Aliff Aziz dituduh berada dalam pengaruh #da-dah dan bergaduh dan menumbuk pekerja hotel tersebut. Ini menyebabkan pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan.
Pergaduhan dan kejadian panas itu turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena majlis AIM 21.
Aliff Aziz kini telahpun pulang ke Singapura menafika n dia mengambil sebarang bahan terlarang menyebabkan perkara itu berlaku dan sanggup jalani ujian bahan terlarang untuk membuktikannya. Dia kini juga sedang menjalani rawatan tradisional dengan seorang ustaz di Singapura..
Ini kata Aliff Aziz:
"Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.
“Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya,"
"Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz.
"Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh *dadah,"
0 comments:
Post a Comment