Punca Sebenar Zain Saidin Tolak Bergambar Dengan Seorang Peminat, Ini Jawapannya
Baru-baru ini Zain Saidin, isteri dan anaknya telah membeli belah di JPO, Johor. Banyak kontroversi yangberlaku ketika di sana.
Yang pertama, orang ramai mengaggap Rozita Che Wan telah melanggar pantang dengan keluar berjalan-jalan walaupun belum habis pantang. Kisanya boleh baca di (SINI)
Yang kedua isu Zain Saidin tolak permintaan bergambar dari seorang peminat sehingga pelakon ini digelar sombong.
Ini jawapan dari Zain Saidin: (mStar)
"Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana.
"Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain.
"Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami,"
"Alhamdulillah, tak susah sangat pun nak jaga anak. Rutin yang paling menyeronokkan ialah memandikan dia.
"Sekarang ini saya sanggup tinggalkan apa saja demi anak. Tetapi yang pasti dia lebih manja apabila bersama ibunya,"
Itulah penjelasan Zain Saidin. Kalau dah ada anak tu, peminat juga perlu menghormati dan bertimbang rasa. Anak adalah segalanya, apatah lagi baby baru lahir.
0 comments:
Post a Comment