10:49 0

Ropie (Comey) Kecewa Dengan Fazura


Ropie (Comey) Kecewa Dengan Fazura


Comey merupakan kumpulan atau peserta Maharaja Lawak Mega yang tersingkir pada minggu lepas setelah hanya menerima 2 bintang dari Fazura.

Comey yang terdiri dari Ropie dan Suhaimi nampak seperti konsisten dan mempunyai gaya tersendiri ketika menyampaikan lawaknya. Namun tema muzikal menyaksikan mereka tersingkir stelah gagal meraih perhatian juri.

Ropie dalam pada itu ternyata kecewa dan tidak berpuas hati dengan komen dan bintang yang diberikan oleh Fazura.

Ropie ternyata terkejut dan terkilan dengan komen negatif dari pelakon cantik, Fazura dan mengatakan sekirang Dato Jalal atau Farah Quinn yang memberi komen, kemungkinan Comey masih terselamat.

Ini luahan dan komen Ropie:

“Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu ‘Muzikal’. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey."

“Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami.

“Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato’ Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai,”

“Ramai juga yang jumpa saya luahkan rasa kecewa apabila kumpulan Comey tersingkir. Tapi nak buat macam mana semuanya terletak pada undian juga markah daripada barisan pihak juri. Mungkin rezeki kami hanya di minggu keenam."

“Insya Allah tahun hadapan Comey akan kembali dan kami sedang merancang beberapa strategi dan idea baru untuk MLM,” 

“Saya tidak nafikan, komen yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan dan Farah Quinn mungkin boleh menyelematkan kedudukan Comey. Setiap persembahan kami ada mesej tersendiri dan bukan hanya buat lawak semata-mata."

“Apabila terima komen dan bintang yang terima sedikit, saya rasa memang boleh buat undian jadi rendah sehingga tersingkir. Apa pun terima kasih kepada pihak barisan juri dan para penonton yang tidak putus-putus memberi sokongan dan sanggup mengundi kami sehingga mampu kekal di minggu keenam."

“Mungkin bukan rezeki kami untuk terus berada di pentas MLM untuk edisi kali ini,” (Astro Gempak)

Sementara itu, salah seorang juri iaitu Farah Quinn ternyata terkejut setelah melihat markah peserta setelah Comey dikeluarkan, Ini kata Farah Quinn:

“Apabila kertas pemarkahan dan keputusan penuh diberikan, saya terkejut melihat senarai peserta dengan markah paling rendah. 

 “Sama-sekali saya tidak menyangka Comey akan meninggalkan pentas MLM 2014…Kalau saya dapat kembalikan mereka pada minggu hadapan, saya akan lakukan,”


BACA JUGA: Ramai Tak Puas Hati Dengan ZED ZAIDI (BACA SINI)

0 comments:

Post a Comment