09:33 0

Baik Korang Hati-Hati, Rozita Che Wan Bagi Warning


Ini perkembangan terkini tentang pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.

Selebriti ini telah mengorak satu lagi langkah dalam dunia sosial media apabila mula aktif menggunakan platform Twitter sejak Selasa lalu.

Sebenarnya Che Ta sudah memiliki akaun itu sejak Ogos tahun lalu, namun pelakon yang juga isteri kepada Zain Saidin ini langusng tak aktif di laman sosial itu namun memuat naik status pertamanya yang meminta netizen berhati-hati sekiranya ada menulis tentang dirinya.

Ini tweet warning dari Che Ta secara berseloroh:

"Hi. Ini official Twitter account Rozita Che Wan. Hati-hati hampa semua yang dok Tweet pasai kami," 

Che Ta memesan orang ramai yang mengata dirinya di laman Twitter untuk berhati-hati kerana Che Ta sudah mari menggunakan Twitter.

Untuk rekod, sehingga kini Twitter menggunakan nama @rozitachewan1 itu baru memiliki 400 lebih follower sahaja.

Berbeza di laman IG, Che Ta amat berpengaruh dengan mempunyai sebanyak 3.6 juta orang pengikut setia.

Dalam pada itu, menerusi Twit berbeza, Che Ta memberitahu seseorang itu jangan terlalu taksub dalam mahukan perhatian sehingga mengabaikan maruah.

Kata Che Ta, dalam kehidupan ini bukan semua perkara untuk dijadikan pameran umum dan ada perkara yang perlu disimpan rapi buat tatapan dan kenangan peribadi.

Status Che Ta di Twitter berbunyi begini:



"Sama sama kita istiqomah dan bijak menggunakan media sosial. Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita. Walahualam .

"Begitulah dalam kita rancak bermain sosial media, jangan semua dilihat sewenang wenangnya boleh ditayangkan demi meraih keghairahan ramai. Adakalanya kita lupa, sisi peribadi itu juga perlu ditutup demi menjaga aib atau khilaf manusia.

Che Ta kini memiliki perniagaan perfume yang sedang hangat mempunyai promosi hebat.

Lihat promosi di bawah:

>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<
>> PROMO 40% OFF <<

Gorgeous By RCW
# RM28 Sahaja, harga asal rm45 #

------------------------------

 ✔ Eau de Parfum (EDP) 
✔ 35 ml 
✔ Bauan Fruity 
✔ Tahan lama sehingga 8-12 jam
✔ RM 28 sahaja
✔ Halal boleh dibawa solat


PROMO PERFUME CHE TA

0 comments:

Post a Comment