10:38 0

Video Mesra Dengan Aidil Tersebar, Ini Kenyataan Rasmi Fasha Sandha


Memang satu isu yang amat hangat yang melibatkan pelakon popular Fasha Sandha.

Fasha Sandha yang kini berumur 34 tahun dilihat telah berpeluk dengan pelakon, Aidil Aziz di sekitar sebuah lapangan terbang.

Perbuatan itu telah dirakam oleh seseorang yang berada berhampiran dengan mereka berdua dan ianya telah menjadi viral.



Video yang tular baru-baru ini menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-duanya kini sedang menjalin hubungan cinta.

Pelakon ini telah memberi responnya dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai video yang menunjukkan dia berpelukan

Tentang video:
"Saya tak mahu dan takkan komen apa-apa mengenai video itu"

Tentag Aidil:
"Dia antara lelaki yang rapat dengan saya dan saya selesa berkawan dengannya"

Tentang isu adakah dia akan kahwin:
"Saya gembira dan menikmati 'single life' saya buat masa sekarang. Sekali lagi saya beritahu, saya selesa untuk memberitahu bahawa kami selesa berkawan"

Ketika ditanya sama ada peluang masih terbuka untuk lelaki lain mendekatinya, Fasha memberikan jawapan mengejutkan.

"Single but not available,"

Itulah respon balas dari pihak Fasha Sandha tentang hal ini.

Fasha pernah berkahwin dengan Jejai dan bercerai pada tahun 2016. Mereka berdua mempunyai dua orang anak.
PROMO PERFUME CHE TA

0 comments:

Post a Comment