TIDAK ada rahsia lagi antara Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani apabila mereka berdua mengesahkan untuk melangsungkan ikatan perkahwinan pada 23 Februari 2012.
SS antara orang yang paling gembira mendengar pengumuman yang dibuat Yusry itu di Putrajaya, Sabtu lalu kerana ia menandakan Yusry seorang yang bertanggungjawab menerima Lisa sebagai isterinya.
Difahamkan, mereka ingin melangsungkan pernikahan kelak di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, diikuti majlis resepsi tiga hari selepas itu.
Sudah tentu berita ini menjadi berita paling manis bagi menutup tirai 2011 yang penuh dengan pelbagai episod suka duka.
Ramai sedia maklum, Yusry, 38, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira pada 2003, tetapi perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun saja. Erra pun sekarang sedang melayari kebahagiaan dengan perkahwinan kali keduanya bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin dan perkahwinan mereka turut diserikan dengan kehadiran anak perempuan yang comel, Engku Aleesya.
Ketika SS menyaksikan konsert akhir program realiti Vokal - Bukan Sekadar Rupa, Erra yang juga juri tetap dalam program itu terus menjadi buruan pihak media yang mahu mendapatkan komen susulan mengenai cerita perkahwinan bekas suaminya itu.
Erra khabarnya turut gembira dengan berita itu dan mendoakan yang terbaik buat Yusry dan Lisa. Malah Erra berharap mereka berdua akan bahagia hingga ke anak cucu dan lekas-lekas menimang anak selepas disatukan nanti.
Bagi SS, seharusnya setiap pasangan yang bercerai elok mencontohi Erra dan Yusry yang masih boleh berkawan baik dan sentiasa bergerak ke depan dengan pemikiran positif.
SS yakin selepas ini akan ramailah pihak di luar sana akan berebut-rebut menawarkan diri untuk menaja perkahwinan mereka itu kerana memang Yusry dan Lisa personaliti yang popular dan berbakat besar.
Walaupun mereka berdua cakap tidak mahu membuat ‘Wedding of the Year’ tup-tup nanti ia akan jadi juga ‘Wedding of the Year’ sebab penaja sudah berbesar hati hendak ‘sponsor’. Lihat sajalah bagaimana Norman Hakim dan Memey tempoh hari. Semua itu adalah rezeki dan kenapa harus ditolak kalau ada yang sudi memberi.z ( sumer My METRO)
0 comments:
Post a Comment