Bakal pekerjanya hanya perlu menjadi teman membeli-belah dan paling mengejutkan perlu menonton aksi onaninya.
Penipuan berkenaan didedahkan seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rubi, 21, yang mendakwa didatangi lelaki ‘gila’ itu pertengahan November lalu sewaktu ingin membuat pembayaran tempat letak kereta di bandar Kajang.
Katanya, dia didatangi seorang lelaki berusia 40-an memperkenalkan dirinya sebagai Riduan, pemilik sebuah syarikat membekal perkhidmatan pekerja asing.
“Lelaki berkenaan memberitahu syarikatnya mencari pekerja dengan menawarkan gaji lumayan selain pelbagai insentif menarik.
“Pada mulanya, dia menawarkan kerja sebagai kerani dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan,” katanya. Rubi berkata, dia pada mulanya berminat selain tugas diberikan boleh disiapkan di rumah tanpa perlu ke pejabat
Menurutnya, melihat dia mula menunjukkan minat, lelaki berkenaan menambah gaji RM6,000 sebulan sebagai pembantu peribadi.
“Saya hanya perlu menemaninya membeli-belah selain menjadi teman untuk dia berbual. Namun, lelaki berkenaan mula bersikap pelik apabila memaklumkan saya perlu menemaninya melakukan onani,” katanya.
Katanya, melihat dari penampilan, lelaki terbabit tidak menampakkan imej sebagai seorang ahli korporat dan mungkin mempunyai agenda tersembunyi terutamanya kepada golongan wanita.
Bimbangkan keselamatan diri dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan, Rubi kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. ( sumber ; MY METRO)
0 comments:
Post a Comment