Review Sanctuary Resort, Cherating
Kami pilih tempat ni sebab Holiday Villa dan resort lain dah penuh berikutan menjelang cuti CNY. Sebelum ini saya sekeluarga sering menginap di Holiday Villa.
Semasa ingin booking, saya hanya mencari melalui internet dan tengok dari web sahaja. Harga pun okey di dalam range bajet dan yang penting di belakang resort ini ada pantai Cherating yang memudahkan aktiviti mandi manda di pantai. Ya itulah sebab utama memilih resort ni.
First impression bila masuk resort ni nampak kelam sikit dan agak sunyi seperti tak ramai orang yang menginap. Kereta di parking lot juga kosong dan lengang.
Tengok la ni.. teruk betul managment resort ni ada ke patut troli housekeeping ada depan pintu bilik kami..
SELAIN lantai apartment ni melekit-lekit dan tuala yag di sediakan jugak lembap.. lampu kat bahagia lua dapur pun boleh terkeluar macam ni... teruknyaaaaaaa
Apa yang menarik swimming pool mmg lengang xde orang so boleh la rasa private bila mandi dalam ni seronok jugak sebab boleh berendam lama-lama tanpa ganguan.
Ni lagi satu.. bilik yang saya duduk air con dia salu padam sendiri.. tengah tido tiba-tiba rasa panas . tak selesa langsung.
Rating saya untuk hotel ni hanyalah 4/10.
Suami saya bagi 4.5/10
Akak ipar bagi 4.5/10
Ayah mentua 4.5/10
mak mentua 5/10
Rating untuk Resort ini hanyalah 4/10 sahaja.
- SERVIS : 4/10
- LOKASI: 7/10
- BILIK : 3/10
- MAKANAN: -
- HARGA: 5/10
- SERVIS : 4/10
- LOKASI: 7/10
- BILIK : 3/10
- MAKANAN: -
- HARGA: 5/10
maaf cakap apa yg admin cakap memang betul.disebabkan management suka push and kurang mesra dgn staff maka kebanyakan staf tawar hati bekerja termasuk aku bekas staf maintenance.kebanyakan staf bagus2 semua sudah keluar maka tinggalla beberapa kerat staff yg setia meneruskan kerja dalam keadaan tertekan.
ReplyDeletebaru jer pergi n balik dari resort ni...mmg tempat dekat sangat dengan pantai.cuma org kureng la...tapi ok la untuk cuti santai....cuma staff cleaner jer sombong, senyum pun tidak..hampeh.
ReplyDeletesy pernah duduk sini dlm 10 thn lps...mmg sama je wlupun byk kali tukar management...plus berhantu...habis member2 lari....tido sebilik wlupun apartment 3 bilik...mcm2bunyi mlm2
ReplyDelete