KOTA BHARU – Penjaga Gol Terbaik Asia, Khairul Fahmi Che Mat menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung kes simbahan cat hitam di pejabat, Khairul Fahmi Resources (KFR) di jalan Sri Cemerlang, dekat sini semalam.
Katanya, dia akan memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi memudahkan urusan sepanjang siasatan dijalankan.
“Saya tak nak komen apa-apa berhubung kes ini. Saya serahkan semuanya kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan memberikan kerjasama,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.DetikPerubahan.com dalam laporan pagi tadi melaporkan Apek, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.
Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.
Difahamkan kejadian ini merupakan kali ketiga berturut-turut berlaku di dalam bulan ini.
Memey gilo dorang ni dengki Khairul Fahmi Che Mat
sumber = detikperubahan
0 comments:
Post a Comment