KUALA LUMPUR – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City
Football Club (Manchester City) akan mengadakan kunjungan julung kali ke
Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau
Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.
Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City Ian Cafferky berkata
pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan
membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat
pasukan Sky Blues.
“Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
“Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga
Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa
pasukan kami menemui para peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan
sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik,”
katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh
ProEvent International di sini pada Rabu
0 comments:
Post a Comment