00:30 0

Almy Nadia mula tawar hati, Fizz Fairuz tak ingat harijadi dan tak ajak ke ABPBH

Almy Nadia mula tawar hati kepada Fizz Fairuz.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Memetik kenyataan Almy Nadia menerusi ruangan BiPop, Berita Harian terbitan 20 Mei, beliau berkata seolah-olah Fizz Fairuz tidak serius dan tidak pernah berbincang soal perkahwinan.

“Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan. Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media,” kata Almy.

Sekarang ini Fizz hendak berkahwin dengan Almy atau berkahwin untuk mencari populariti? Nampak seperti Fizz lebih serius dengan pihak media berbanding dengan Almy.

Selain itu, tambah menyedihkan apabila Almy meluahkan rasa kecewa yang amat sangat apabila Fizz melupai tarikh lahirnya serta Fizz tidak langsung mempelawanya ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang telah berlangsung pada 8 April lalu.

Menurut Almy, “Saya juga terasa hati, saya tidak langsung dipelawanya ke majlis ABPBH. Saya teringin nak pergi kerana sudah lama tidak menghadirkan diri ke majlis anugerah, tapi Fizz mahu pergi bersama rakan dan keluarganya saja.  Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati, Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Bukan nak hadiah besar pun, cukup sekadar mengingati dan mengucapkan selamat hari jadi. Itupun Fizz sudah lupa, jadi apa harapan saya?.”

Kenyataan tersebut membuktikan betapa kecewanya Almy dalam perhubungan mereka yang mencecah usia tiga tahun itu.

Almy turut menyatakan bahawa Fizz hanya menghubungi Almy selepas beberapa hari dia memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, ABPBH 2011 sedangkan kenyataannya kepada media berbeza.

Dia cakap pada wartawan, saya adalah orang kedua yang selepas ibunya iaitu insan yang dihubungi Fizz diumumkan menang dalam ABPBH pada malam 8 April lalu. Saya nak gelak mendengarnya, hakikatnya dia menghubungi saya beberapa hari selepas kemenangan itu,” ujar Almy sewaktu ditemubual BiPop.

Panjang lebar lara hati Almy kali ini. Jelas menunjukkan segala isi hatinya. Eloklah jika Fizz duduk berbincang dengan lebih serius bersama Almy untuk mendapatkan kata putus supaya tiada pihak yang kecewa dan tiada pihak yang bertepuk sebelah tangan.


0 comments:

Post a Comment