08:06 1

Amir raja lawak punca Nana AF menangis di Super Spontan


KL, 8 MEI 2012: Penglibatan Amir Raja Lawak sebagai pengulas dalam program Super Spontan (SS) semakin mendapat perhatian.

Walaupun Murai Batu dapat tahu ramai yang kurang setuju dengan kewujudan Amir dalam program ini, namun pembawakkan Amir semakin diterima penonton SS.

Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu salah seorang peserta SS kurang berkenaan dengan lawak dan soalan-soalan yang diberikan Amir tatkala siaran langsug program ini dipancarkan di Astro Warna (Saluran 132).
Dengarnya, Nana Che Mahazan pernah menangis sebaik saja Amir menanyakan soalan kepada dirinya.
Katanya, berkecil hati dan malu dengan apa yang disoalkan Amir ketika itu. Lantas, sebaik saja program memberi laluan iklan, Nana terus lari ke belakang pentas dan menangis.

Pun begitu, Murai Batu kurang pasti soalan yang berbentuk bagaimana membuatkan Nana terasa hati.
Apa kes pun, Murai Batu diberitahu tangisan Nana waktu itu disaksikan pengacara SS sendiri iaitu Adibah Noor.

Apa sekalipun, Murai Batu difahamkan Nana tetap menghadapinya dengan penuh tabah dan menerima konsep kewujudan Amir yang perlu mengapi-apikan peserta.

Oleh itu, ahli Angsa Ganas ini tidaklah bermusuh dengan Amir.
Sebaliknya, Nana dimaklumkan sering berhati-hati apabila tiba giliran Amir untuk mengulas.
Apa yang penting, Murai Batu juga ingin menasihatkan kepada Amir agar memberikan soalan yang relevan.
Jika benar ingin menjadi mulut tempayan sekalipun, lontarkanlah soalan yang berkaitan program.

Kalau Amir mahu tanyakan soalan berbentuk peribadi, Amir perlulah buat kaji selidik terlebih dulu.
Ingat Amir, bukan mudah untuk bertanyakan soalan kepada orang lain agar individu berkenaan tidak berkecil hati.

MURAI BATU: Cermin dulu diri sebelum nak mengkritik orang. Kritikan mudah diterima seandainya orang yang menanyakan soalan itu disenangi perilakunya. 

sumber:murai

1 comments: