Sebelum filem The Avengers yang diadaptasi dari cerita komik ditayangkan di pawagam, ramai yang begitu teruja dengan tayangan video pendek trailer filem itu dan tidak sabar untuk menontonnya.
Membaca aksi-aksi semua hero dalam komik itu juga sudah cukup membuatkan pembaca-pembacanya seperti berada di alam pengembaraan yang penuh dengan aksi yang mencabar.
Filem arahan Joss Whedon itu kolaborasi bersama dengan Marvel Comics ternyata memberikan impak yang besar buat syarikat penerbitan Walt Disney apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak 200.3 juta US Dollar walaupun baru ditayangkan dalam masa seminggu sahaja!
Baru tiga hari sahaja filem itu ditayangkan, The Avengers juga sudah mampu mengutip keuntungan sebanyak 168.2 juta US Dollar dan membelakangkan rekod pencapaian keuntungan filem siri yang sangat popular, Harry Potter and Hollow Deathly – Part 2.
“Satu petanda yang memberangsangkan dan filem ini bukan sahaja filem yang bersahaja, bukan filem untuk golongan lelaki sahaja, tetapi untuk semua,” kata Timbalan Eksekutif Disney, Dave Hollis.
Pencapaian kutipan box office dari filem The Avengers juga mampu memberikan kelegaan kepada produksi Disney apabila keuntungan yang diterima mampu mengembalikan modal pembikinan filem itu sebanyak 220 juta US Dollar.
Malah, kejayaan The Avengers juga telah berjaya mendapat semula nilai kerugian selepas filem John Carter ditayangkan.
Dalam filem itu, kesemua hero dari filem Captain Amerca, The Incredible Hulk, Iron Man dan Thor digabungkan bersama sebagai wira-wira yang berjuang untuk menyelamatkan bumi dari cengkaman dan anasir jahat saudara lelaki Thor, Loki dan pengikut-pengikutnya.
0 comments:
Post a Comment