19:45 0

Gambar penculik Nayati di keluarkan, 5 telah ditahan

Satu kejadian culik telah berlaku pada 27/04/2012 jam lebih kurang 7.30 pagi di kawasan mount kiara kuala lumpur. Mangsa seorang pelajar berumur 12 tahun telah diculik oleh dua lelaki cina menaiki kereta jenis proton gen2. Semakan dibuat dapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.
Pada hari yang sama sebelah petang bapa mangsa telah menerima ugutan dari suspek yang menuntut keluarga mangsa membayar sebanyak rm 1 juta. Ugutan dan tuntutan tersebut berterusan sehingga 02/05/2012.
Pada 03/05/2012 jam 0750 pagi mangsa telah dibebaskan di hentian rehat rawang (lebuhraya utara selatan) setelah sejumlah wang sebanyak rm300,000.00 di bayar oleh keluarga mangsa.

Hasil siasatan lanjut, pada 07/05/2012 dan 08/05/2012 beberapa tangkapan telah dibuat oleh pihak polis. Tangkapan pertama di ipoh perak dimana (3) lelaki cina telah ditangkap dan diikuti oleh seorang wanita juga di ipoh. Seterusnya (2) lagi lelaki cina telah berjaya ditangkap disekitar lembah kelang. Keseluruhan tangkapan setakat ini seramai 5 lelaki dan seorang perempuan yang berumur antara 19 hingga 40 tahun.
Hasil dari tangkapan, pihak polis berjaya merampas sejumlah wang tunai. Pemeriksaan mengesahkan bahawa wang yang dirampas tersebut adalah wang tebusan. Disamping itu kenderaan yang digunakan untuk menculik mangsa turut di rampas. Polis juga telah mengesan sebuah rumah di ipoh, perak dimana mangsa dipercayai ditahan.

Siasatan lanjut masih diteruskan untuk menjejak saki baki penjenayah yang terlibat dalam kes ini.
Dalang di sebalik kes penculikan kanak-kanak ini telah melarikan diri ke luar negara selepas kanak-kanak berkenaan dibebaskan
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua suspek yang dipercayai dapat membantu siasatan polis. (gambar dan butir-butir seperti dikepilkan).


Ini adalah satu kes yang terpencil yang melibatkan pelajar warganegara asing diculik untuk tebusan. Walaupun demikian pihak polis sentiasa memandang serius dan sentiasa mengambil tindakan tegas dalam situasi ini.
Polis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada orang awam yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya kumpulan penjenayah ini. Polis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga mangsa di atas kerjasama dan memahami tugas yang dilaksanakan oleh polis. (Facebook Polis KL)

0 comments:

Post a Comment