13:34 0

Adibah Noor menyanyi untuk peminat melalui telefon

 Malam tadi telah berlangsung satu aktiviti yang menarik dilakukan oleh penyanyi bersuara lunak, Adibah Noor. Kak Adibah telah meminta peminatnya memberi nombor telefon, dan peminat yang bertuah akan menerima nyanyian dari Kak Adibah melalui telefon. Hehe unik.

Sumber: ROTIKAYA
Jadi teruja kami apabila mengikuti aktiviti Adibah Noor di Twitter lewat malam tadi. Beliau tampil dengan satu idea yang segar & boleh menjadi contoh kepada selebriti yang lain. Adibah Noor melalui akaun Twitter beliau menulis sekitar jam 12.00 tengah malam meminta sesiapa yang berminat supaya menghantar nombor telefon mereka melalui Twitter.
Berminat untuk apa? Ini bahagian yang menarik, Adibah Noor akan memilih seorang peminat beliau yang bertuah & membuat panggilan telefon seterusnya menyanyikan sebahagian lagu.
Selepas sambutan yang sangat menggalakkan, daripada hanya seorang, Adibah Noor akhirnya membuat panggilan ke tujuh orang peminat beliau dan menyanyi secara live.
Itu epik. Dan, Adibah Noor berjanji yang sessi sebegini bakal berulang lagi jika beliau mempunyai masa lapang selepas ini. Apa tunggu lagi? Follow @AdibahNoor.

0 comments:

Post a Comment