Kenyataan 'Propa' Selebriti Yang Mahu Bersara
Bukan sesuatu yang baru apabila ada di antara pelakon mahupun penyanyi menyuarakan hasrat mereka untuk bersara dari kerjaya seni. Namun, tidak sampai beberapa bulan kenyataan yang dikeluarkan sekadar omongan kosong. Alih-alih wajah mereka masih muncul di kaca TV.
Disini kongsikan beberapa pelakon dan penyanyi yang sebelum ini mahu bersara dari kerjaya seni mereka;
Faezah Elai
Faezah Elai pernah mengeluarkan kenyataan di mana sepanjang tiga tahun penglibatannya dalam dunia lakonan, pemilihan pelakon tidak berdasarkan kualiti tetapi cara mereka 'mencari' peluang.
"Di awal pembabitan, pihak produksi pernah ugut menjatuhkan karier saya jika tidak ikut kata-kata mereka.
"Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila," katanya ketika buat kenyataan itu tahun 2010.
Faezah berkata, dia merancang buka pusat asuhan kanak-kanak dalam masa terdekat dan sedang mempelajari mengenai pengurusan pusat asuhan.
Terbaru drama lakonannya, 'Memberku Hawa', 'Andaiku Tahu' dan 'Asmara' mendapat sambutan ramai.
Azizah Mahzan
Setelah membintangi drama, 'Spa Qistina' musim kedua, Azizah Mahzan membuat keputusan untuk bersara kerana kurang berpuas hati dengan skrip drama tersebut.
Namun, keputusan Azizah itu nyata meleset apabila sehingga kini dia masih aktif berlakon.
Buktinya, dia masih membintangi filem-filem hebat seperti 'Ombak Rindu' dan beberapa drama popular, termasuklah 'Bicara Hati' di Astro.
Nur Fathia
Pelakon, Nur Fathia membuat keputusan untuk bersara seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan.
Keputusan itu dibuat setelah dia dilanda pelbagai kontroversi menerusi drama bersiri 'Stanza Cinta'.
Selain dikatakan tidak berdisiplin dia juga bertengkar dengan pengarah drama itu, Along Kamaruddin.
Namun, persaraannya tidak begitu menjadi apabila kelibatnya mula kelihatan menerusi drama di slot Samarinda, 'Mahabbah'.
Shahir AF8
Juara Akademi Fanasia 8, Shahir membuat keputusan untuk meninggalkan industri seni bagi memberi laluan kepada niat untuk berdakwah.
Shahir juga dikatakan kesal dan tidak tahan dengan gosip yang sering menghantuinya.
Namun, Shahir bakal kembali dengan single terbaru, 'Aku Tak Berdosa'.
Lagu berkonsepkan ketuhanan itu mendapat sentuhan istimewa daripada Sham Kamikaze dan Kunci Demak.
Que Haidar
Setelah hampir dua tahun menyepi, Que Haidar akhirnya tidak dapat membendung kerinduan untuk kembali berlakon.
Que memberitahu persaraannya dalam bidang lakonan hanya seketika kerana mahu memberi perhatian penuh kepada keluarga dan perniagaan mereka.
Terbaru, Que terlibat dengan pementasan teater puisi tari, 'Primadona… Perahu Mimpi', setelah meninggalkan pentas teater selama 10 tahun.
Rozita Che Wan
Pada tahun 2010, Rozita Che Wan, pernah mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada dunia lakonan.
Keputusan itu diambil kerana dirinya sudah muak dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi dan pandangan masyarakat yang sering mengaibkan keluarganya.
Namun, sehingga kini Rozita masih aktif dalam dunia lakonan dan menerima tawaran pelbagai pihak.
SUMBER: Sinar Harian

0 comments:
Post a Comment