15:12 0

MAX 24:7 Terima Bayaran RM100,000 [terbaik]

Siapa yang tak kenal dengan kumpulan K-POP malaysia iaitu MAX 24:7. Pada Hari Belia, dikhabarkan kumpulan ini telah menerima jumlah yang paling mahal antara artis yang lain iaitu sebanyak rm 100 ribu. Memang terbaik!!


jom baca laporan dari MURAI:


KL,29JUN 2012: Tamatnya program Himpunan Jutaan Belia 2012 pada Mei lalu, Murai Batu amat terkejut apabila banyak pihak membahaskan perihal bayaran yang diterima artis K-Pop (Korean Pop) yang hadir pada program itu.

Difahamkan tiga kumpulan K-Pop iaitu U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet telah menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lebih RM2 Juta.

Dengarnya perdebatan dan rasa tidak puas hati ini muncul apabila artis tempatan yang terlibat pada program berkenaan tidak menerima bayaran sebegitu. Senang cakap hanya dapat sedikit saja.

Sungguhpun Murai Batu tahu pihak penganjur ada alasan sendiri memilih dan membayar ketiga-tiga artis K-Pop itu dengan jumlah berkenaan, tetapi keadilan perlu diberikan kepada pihak artis tempatan. Setidak-tidaknya bayaran yang berbaloi dengan persembahan yang diberikan.

Lebih-lebih lagi kepada yang betul-betul memberikan komitmen. Murai Batu berharap jumlah bayaran ini ada perubahan pada penganjuran program tahun depan.

Dalam pada itu, Murai Batu telah mendapat tahu, dari lebih 100 artis tempatan yang terlibat pada program berkenaan, artis yang mendapat jolokan meniru gaya artis K-Pop iaitu MAX 24:7 telah menerima bayaran yang paling tinggi.

Malah, Murai Batu diberitahu jumlah yang diterima kumpulan yang dibarisi 10 anak muda ini iaitu Kim, Iymtiaz, Fifi, OB, Virgo, Hans, Mierul, Eykal, Aar dan Jaq sudah menghampiri RM100,000.

Lebih panas lagi, ada artis yang lebih popular dari mereka hanya menerima bayaran yang tidak mencecah RM10,000 langsung. Ada yang terima token saja.

Bagaimanapun, Murai Batu dimaklumkan kumpulan ini wajar menerima bayaran sebegitu kerana komitmen mereka yang menjadi tulang belakang beberapa pentas dan sering saja melakukan persembahan tanpa sebarang rungutan walaupun dalam kepenatan.

Disamping itu, ia bersesuaian dengan pemilihan MAX 24:7 yang menjadi satu-satunya artis tempatan yang mengadakan persembahan dipentas dan waktu yang sama dengan artis K-Pop.

Pun begitu, ada baiknya pihak pengurusan MAX 24:7 iaitu Aesar Mustafa Studio menjawab akan hal ini. Siapa tahu nilai yang diterima mereka lebih banyak dari itu?


0 comments:

Post a Comment