Atlanta – Pada siang hari, dia merupakan seorang pensyarah sejarah dan kesusasteraan Jerman di University of Georgia, namun pada waktu malam, professor berusia 65 tahun ini merupakan pelacur pondan yang dikenali sebagai Sasha.
Dengan bayaran hanya $60 sahaja untuk 30 minit, professor Max Reinhart, 65, akan berpakaian wanita dan memberikan perkhidmatan seksnya.
Namun perbuatan berkenaan terbongkar selepas dia menawarkan seks kepada pengawai polis yang membuat penyamaran dan akibatnya, Reinhart ditahan di sebuah bilik hotel.
Dia ditangkap selepas polis menemui individu bernama Sasha di dalam laman web transsexual.
Dalam laman web itu terdapat perkhidmatan disediakan untuk orang dewasa termasuk khidmat pengiring sosial, urut dan terdapat dakwaan ia menggunakan budak bawah umur sebagai pelacur.
Selepas menjalankan siasatan, polis telah membuat penyamaran dan telah mengatur untuk bertemu ‘Sasha’ di Days Inn.
Sasha ditahan selepas bersetuju dengan rundingan harga yang dilakukan oleh pegawai polis.
Namun dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $4,800.
Reinhart mengkaji dalam sejarah awal Jerman dan dia juga merupakan pengasas kepada The Conference Group for Interdisciplinary Early Modern German Studies.
0 comments:
Post a Comment