19:00 0

Raja Azmi & Jailani Sidek Cerai Talak Satu

Raja Azmi & Jailani Sidek Cerai Talak Satu

Kali ini, berita tentang peserta Masterchef Selebriti yang telah disingkirkan iaitu Raja Azmi yang telah bercerai dengan suaminya Jailani Sidek dengan talak satu.
 
Bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek, 48 tahun, bercerai talak satu dengan isterinya, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53 tahun, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, petang Rabu.

Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.25 petang.
Antara alasan perceraian mereka ialah tidak lagi wujud kasih sayang selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Pasangan tersebut turut ditemani anak kedua mereka iaitu Puteri Suaida, 23 tahun.
Berita penuh akan dilaporkan kemudian oleh wartawan mStar Online iaitu Wahiduzzaman yang berada di lokasi.

Saat bahagia Raja Azmi dan suaminya sudah berkahir apabila mereka bercerai talak satu.



Raja Azmi & Jailani Sidek Cerai Talak Satu

0 comments:

Post a Comment