Pasti ramai ingin tahu apa sebenarnya terjadi antara Tiz Zaqyah & Remy Ishak sehingga menyebabkan isu hubungan mereka terbawa bawa ke laman sosial baru baru ini.
“Saya tidak tahu hendak komen apa sebab saya jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. Mungkin 10% sahaja tentang diri saya yang orang luar tahu,” ujar Tiz Zaqyah.
Diminta memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya terjadi antara beliau & Remy Ishak untuk elakkan spekulasi, Tiz Zaqyah berkata itu sesuatu yang tidak boleh dikawal.
“Ia (spekulasi) akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ianya perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,” tambahnya.
Adakah hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak masih berjalan atau sudah berakhir? Menurut Tiz Zaqyah, mereka berdua semestinya akan bercakap tentang hal ini & isu ini hanya secubit sahaja dari perjalanan hubungan mereka.
0 comments:
Post a Comment