SEJAK Katie Holmes mengajar anaknya, Suri Cruise, hidup secara sederhana, bekas suaminya, Tom Cruise pula dilihat seperti cuba 'membeli' kasih sayang Suri.
Menurut laporan showbizspy, Cruise ingin membuatkan Suri, 6, mengingat setiap hadiah mewah yang diberikan agar kanak-kanak itu lebih menyayangi bapanya.
Sejak berpisah dengan Katie, Cruise dan Suri berjumpa pada 17 Julai lalu dan menghabiskan seharian bersama dan berbelanja besar iaitu sebanyak RM510 ribu khas buat anak perempuannya.
Selain itu, Cruise juga telah membeli sebuah kediaman mewah agar lebih mudah untuk meluangkan masa bersama.
"Tom sememangnya ingin mendapatkan rumah baru sebagai permulaan kehidupannya selepas berpisah dengan Katie. Dia enggan tinggal di apartmen East Village, yang pernah didiami bersama bekas isterinya itu.
"Dalam pada itu dia juga ingin kan sebuah rumah yang lebih privasi dan mempunyai keluasan ruang yang besar untuk Suri bermain," kata sumber.
Pada 30 Jun lalu, Katie telah menfailkan perceraian terhadap Tom melalui peguamnya Jonathan Wolfe elepas lima tahun berkahwin.
Difahamkan, perbezaan pendapat yang tidak dapat dipulihkan sebagai punca keretakan rumah tangga mereka. Katie juga menuntut hak penjagaan tunggal ke atas anak perempuan mereka, Suri.
[mstar]
0 comments:
Post a Comment