Semalam kecoh apabila 2 orang dikatakan mengamuk di Putrajaya.
Siapa sebenarnya yang mengamuk di Putrajaya itu? Beliau adalah Khalil Afandi Hamid, pengganggur berusia 47 tahun dari Petaling Jaya bersama pasanganya berusia 28 tahun, bekas pelajar UIA tumpas setelah mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.
PUTRAJAYA: “Mereka berlari ke arah saya dan menjerit ‘jangan lari’ sambil membawa pedang samurai,” kata saksi kejadian seorang lelaki dan wanita mengamuk bersama pedang samurai di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam. Dia yang enggan dikenali berkata, melihat tindakan lelaki dan wanita terbabit melibas pedang ke langit, dia terus lari menyelamatkan diri. “Kemudian, saya nampak kedua-dua suspek menuju ke arah orang ramai serta menakut-nakutkan mereka. “Mereka turut menjerit ‘jangan lari’ kepada orang lain.
Tindakan itu menyebabkan orang ramai ketakutan dan turut berlari menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Saksi terbabit berkata, pada waktu kejadian ada orang ramai berjalan kaki manakala kenderaan lalu-lalang berdekatan kompleks berkenaan. “Tindakan kedua-dua suspek membawa pedang samurai menyebabkan orang ramai lari bertempiaran. “Malah, kedua-dua suspek tidak menghiraukan kenderaan dan orang ramai di kawasan itu. Saya lihat suspek merosakkan kenderaan yang diparkir dan kereta sedang bergerak,” katanya.
Read more: XLUPA
Layan Video Amatur ini:
thanks for backlinks
ReplyDelete