TIDAK sampai sebulan isu cerai Tom Cruise dan Katie Holmes menjadi perhatian di seluruh dunia, pelakon Hollywood itu disebut-sebut akan mendirikan rumah tangga buat kali keempat.
Kali ini namanya dikaitkan dengan seorang wanita yang ada hubungan dengan Church of Scientology.
"Perkahwinan Tom Cruise (jika menjadi kenyataan) akan dilangsungkan di gereja," kata pakar Scientology, Margery Wakefield kepada National Enquirer.
Nama gadis yang menjadi perbualan ialah Yolanda Pecoraro - yang dikenali sebagai "Scientology Princess' dan dikatakan secocok dengan Cruise.
Kedua-dua ibu bapa Pecoraro dilaporkan anggota gereja itu dan dia mengajar kursus-kursus Scientology ketika remaja.
Dalam buku Andrew Morton berjudul "Tom Cruise: An Unauthorised Biography", beliau berkata, pasangan itu bertemu kali pertama pada majlis pembukaan Scientology Center di Sepanyol pada 2004.
Pecoraro yang kini tinggal di California bersama teman lelakinya memberitahu National Enquirer: "Ya, saya mengelai dia dan masih mengenali Tom Cruise. Dan tidak, saya tidak berkahwin atau bertunang."
Satu lagi sumber memberitahu bahawa Cruise telah membayar Pecoraro untuk menghadiri kursus Scientology yang mahal di Celebrity Centre, Hollywood.
Cruise dan Holmes, yang mendirikan rumah tangga lima tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun, mengambil keputusan untuk bercerai akhir bulan lalu.
Mereka sah bercerai awal minggu lalu.
Anak mereka yang diberi nama Suri kini berusia enam tahun.
Cruise, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan dengan Nicole Kidman pada 1990.
Cruise dan Holmes mendirikan rumah tangga pada 17 November 2006 di Los Angeles. Majlis perkahwinan mereka yang mewah telah diadakan di istana kurun ke-15 di Bracciano, Itali.
Cruise yang genap 50 tahun awal bulan ini berkahwin dengan pelakon Mimi Rogers pada 1987 dan ketika berlakon dalam filem Days of Thunder pada 1990, dia rapat dengan Kidman.
Cruise dan Kidman bercerai pada 2001.
Perkahwinan dengan Cruise adalah yang pertama bagi Holmes.
0 comments:
Post a Comment