22:51 0

Zarina Segan Tonton Filem Tak Bertudung, kini sedang hamil 6 bulan

KUALA LUMPUR, 19 JUN 2012: Kali pertama ditawarkan berlakon, bintang kelahiran Dewi Remaja 2010, Zarina Jamalullail, 23, telah diberi berpeluang membintangi watak utama filem Aku, Kau & Dia terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd.




Walau bagaimana pun Zarina Jamalullail berkata pembabitannya dalam dunia lakonan bakal tersekat kerana dia kini sudah berhijrah serta berkahwin dan tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata.


Bahkan, Zarina Jamalullail akui segan selepas menonton prebiu filem Aku, Kau & Dia kerana ketika menjalani penggambaran filem arahan, Piere Andre itu dia masih lagi belum bertudung litup dan berhijrah.


"Ini tawaran pertama selepas saya menyertai Dewi Remaja 2010 dan ketika itu saya belum berhijrah, malah ia berlaku sebelum saya berkahwin lagi.


"Selepas menonton, saya akui rasa agak segan kerana kini saya sudah berhijrah, namun tiada apa yang boleh saya lakukan untuk mengubahnya.


"Saya menjalani penggambaran pada awal tahun lalu. Tetapi saya mula berhijrah selepas berumah tangga pada akhir tahun lalu," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem Aku, Kau &Dia, kelmarin.


Perkahwinan Zarina bersama seorang ahli perniagaan pada Disember lalu tidak diketahui ramai, malah dia sendiri mahu merahsiakan gerangan sang suaminya itu.


Sebagai seorang isteri yang kini hamil enam bulan, Zarina akui dia perlu menghormati keputusan suaminya yang mahukan dirinya menghadkan bidang lakonan.


"Saya tahu, sebagai pendatang baru saya patut bersyukur kerana diberi peluang keemasan ini.

"Tetapi demi mengikut kehendak suami, saya terpaksa akur untuk mengurangkannya.


"Suami lebih gemar menceburi bidang pengacaraan daripada lakonan," jelasnya yang kini menjadi suri rumah sepenuh masa.


Bercakap mengenai pengalaman berlakon, Zarina berkata banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dia bangga diberi peluang digandingkan dengan pelakon hebat seperti Remy Ishak dan Pekin Ibrahim.


"Saya akui banyak kekurangan dalam lakonan saya kerana ini adalah pertama kali saya berlakon, namun saya cuba sehabis baik dalam filem ini.


"Berlakon dengan Pekin sangat selesa dan mudah mencari keserasian.


"Tetapi dengan Remy Ishak saya agak gementar kerana dia seorang yang sangat serius dan kami tidak banyak bercakap.


"Walaubagaimanapun semuanya berjalan lancar apabila kami di dalam set penggambaran," tambahnya lagi.

Aku, Kau & Dia mengisahkan mengenai harapan Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya, Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalan raya.


Namun, dalam masa yang sama Mia bertemu dengan Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain lagu yang sama diciptanya ketika bercinta dengan Ilhan.


Bermulalah konflik cinta Mia. Adakah Izlan cinta baru buat Mia walaupun dalam masa yang sama ingatan terhadap tunangnya masih kuat?

sumber : Murai

0 comments:

Post a Comment