15:02 0

Aaron Aziz Tolak Watak Tun Mahathir



Pelakon sensasi, Aaron Aziz terpaksa menolak tawaran membawakan watak Tun Mahathir di dalam pementasan teater Tun Siti Hasmah ekoran jadual kerjanya yang padat. 
Aaron yang ditemui di majlis pelancaran drama 'Adam Dan Hawa' semalam menjelaskan perkara tersebut.
 
"Semasa mendapat tawaran daripada awal lagi, saya sudah memberitahu yang jadual kerja saya begitu padat. Bila mereka menunda tarikh pementasan, tarikhnya bertindih dengan jadual kerja lain. 
 
"Kiranya, sejak awal lagi saya memang belum mengesahkan untuk terlibat berdasarkan jadual kerja yang sibuk. Tambahan pula, membawakan watak Tun Mahathir bukannya mudah kerana memerlukan komitmen penuh.
 
"Saya tidak mahu nanti ada masa tertentu saya tidak dapat terlibat baik ketika sesi latihan ataupun hari pementasan," jelas Aaron. 
 
Dalam perkembangan lain, Aaron yang bakal muncul di dalam drama bersiri 80 episod 'Adam Dan Hawa' bermula 27 ogos ini menafikan yang dia menerima bayaran puluhan ribu ringgit untuk drama tersebut. 
 
Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini diangkat daripada novel hasil penulisan novelis terkenal, Aisya Sofea, bertajuk 'Adam & Hawa', terbitan Alaf 21.
 
Selain Aaron antara pelakon lain yang terlibat adalah Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Norman Hakim, Rozie Rashid, Aznah Hamid, Amyza Adnan, Lydiawati dan Puteri Sarah.

0 comments:

Post a Comment