Seperti yang kita ketahui, pihak Polaroid terkenal dengan kamera segeranya. Kini mereka telah mengeluarkan produk terbaru yang diberi nama Z2300 dimana mempunyai rekaan yang lebih kompak dan menarik.
![db18394e94e3705f3d81d6acf3d821bf](http://gajet.my/wp-content/uploads/2012/07/db18394e94e3705f3d81d6acf3d821bf.png)
Menggunakan teknologi dakwat Zink, ia mampu mencetak satu gambar berukuran 2″ x 3″ dalam 60 saat. Bukan itu sahaja,anda juga boleh mengedit gambar yang telah ditangkap dan memuat naik terus gambar tersebut ke mana-mana platform media sosial.
![x2_db18394e94e3705f3d81d6acf3d821bf](http://gajet.my/wp-content/uploads/2012/07/x2_db18394e94e3705f3d81d6acf3d821bf.jpg)
Didatangkan dalam warna hitam dan putih,ia berkeupayaan merakam gambar sehingga 10 megapiksel dan dilengkapi dengan skrin LCD berukuran 3 inci. Dengan adanya skrin LCD ini, anda boleh mengedit dan memilih gambar sebelum mencetaknya.
![t400_x4_db18394e94e3705f3d81d6acf3d821bf](http://gajet.my/wp-content/uploads/2012/07/t400_x4_db18394e94e3705f3d81d6acf3d821bf.jpg)
Bakal dijual pada harga $159.99 ( RM480 ) dan $25 ( RM75 ) untuk 50 kertas foto. Bilakah ia akan tiba di Malaysia masih tidak diketahui.
0 comments:
Post a Comment