1- Carol Yadger
Wanita pertama paling berat di dunia dan juga dalam sejarah manusia , rekod terberat yang pernah adalah seberat 727kg. Masalah lebihan berat badan yang melampau menyebabkan dia dijangkiti pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria sehingga Carol tidak mampu untuk berdiri atas berat badannya. Carol hanya mampu untuk hidup selama 34 tahun dan meningal kerana penyakit buah pinggang serta kegagalan organ berfungsi kerana lebihan lemak.
2- Jon Brower Minnoch
Berat badannya 132 kg ketika 12 tahun dan pernah dimasukkan ke hospital. Walaupun berat badan turun semasa menjalani rawatan tetapi selepas keluar daripada hospital berat badannya meningkat sebanyak 2-4 kali ganda dan yang terberat pernah direkodkan adalah 635kg.
3-Manuel Uribe
Mempunyai berat sebanyak 578kg dan pernah terlantar di atas katil selama 8 tahun setengah dari tahun 2001 sehingga 2008 dan sekarang Manuel dalam proses penurunan berat badan.
4- Walter Hudson
Dia mempunyai berat badan sebanyak 544kg dan mempunyai motto hidup yang pelik iaitu “makan apa sahaja dan nikmatilah ia“, Walter juga pernah mengalami pengalaman yang menyedihkan iaitu tersekat dipintu bilik sehinggalah pasukan penyelamat datang untuk memecahkan bilik untuk menyelamatkan Walter.
5-Rosalie Bradford
Makan ialah hobinya sejak dari kecil lagi dan apabila umurnya 14 tahun berat badannya sudah mencecah 92kg dan terus meningkat 140kg semasa 15tahun, berat maksimun yang pernah dicapainya adalah sebanyak 544kg . Ros juga pernah membuat cubaan bunuh diri beberapa kali kerana tertekanan dengan berat badannya. Dan pada umur 63 tahun Ros meninggal dunia.
0 comments:
Post a Comment