11:45 0

Rashidi lafaz cerai kepada Ayu Raudhah bukan Vanidah - Afdlin


"Saya terkejut apabila Untuk Tiga Hari dipertikaikan gara-gara lafaz cerai yang dibuat Rashidi kononnya boleh menyebabkan jatuhnya talak dia isteri sebenarnya, Vanidah.
"Mana mungkin ia boleh berlaku kerana dalam filem ini, lakonan lafaz cerai itu diungkap kepada gandingannya iaitu Ayu Raudhah.
'Untuk Tiga Hari' merupakan filem adaptasi novel pertama arahan Afdlin.
"Tambah pula filem ini disuntik dengan pelbagai mesej positif alam rumah tangga di mana ia sekali gus mengajar untuk mengelakkan penceraian yang semakin menular di negara kita," katanya kepada mStar Online di sini pada Isnin.
Afdlin diminta mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.
Beritahu pengarah itu lagi, berdasarkan komen yang diberikan oleh Harussani, berkemungkinan besar mufti itu belum menyaksikan filem berkenaan dan hanya memberi komen berdasarkan soalan yang diajukan.
"Saya juga menganggap, mungkin Harussani hanya menyaksikan beberapa minit babak yang dipaparkan pada laman-laman sosial kerana percaya, jika beliau benar-benar menyaksikan keseluruhan filem itu, dia beliau tidak akan memberikan komen sebegitu.

0 comments:

Post a Comment