Searching...
19:58 0

‘Mencari Cinta’ Bukan Filem Lucah


‘Mencari Cinta’ Bukan Filem Lucah,  “Ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. ,bukannya filem lucah” jelas pengarah filem tersebut.
Filem ‘Mencari Cinta’ merupakan filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd dan menampilkan Nora berganding dengan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20), Rusdi Ramli. Ia turut dibintangi Riezman Khuzaimi, Daphne Iking, Fouziah Gous, Norlida Ahmad dan Mahmud Ali Basha.
Katanya lagi : “Melihat babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.”
“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi. 
Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri.”
Filem Mencari Cinta mengisahkan Rusdi, pemuda kampung dijodohkan dengan gadis kaya. Mereka dinikahkan bukan atas dasar cinta. Tidak suka dengan pilihan keluarga, gadis kaya itu cuba memberontak dan merendah-rendahkan suaminya yang bekerja sebagai peladang. Namun berkat kesabaran dan caranya membeli jiwa isteri mengikut sunnah Nabi, akhirnya mereka bahagia. 
“Niat saya menghasilkan filem ini baik iaitu ingin memaparkan cara hidup yang baik untuk mereka yang merancang berumahtangga atau sudah berkahwin. Ia banyak memaparkan peranan suami kepada isteri, apatah lagi sekiranya perkahwinan dibina itu bukan atas dasar cinta. 

0 comments:

Post a Comment